Petronas akan kurangkan kakitangan

Petronas akan kurangkan kakitangan

petronas
TENGKU MUHAMMAD TAUFIK TENGKU AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan mengambil langkah mengurangkan kakitangannya dalam proses penstrukturan semula syarikat minyak negara itu.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz  berkata, keseluruhan industri minyak dan gas pada masa kini adalah tidak berapa baik.

Oleh itu katanya, syarikat minyak itu dijangka akan mengurangkan dalam 10 peratus tenaga kerjanya.

“Kami menjangkakan kira-kira lebih 5,000 pekerja  akan terbabit dalam penstrukturan itu atau kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan kakitangan,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, Petronas tidak boleh lagi beroperasi dalam suasana yang sama kerana keadaan sudah berubah dengan drastik.

Katanya, Petronas dalam bidang tertentu mempunyai terlalu ramai kakitangan dan tidak lagi kompetitif jika dibandingkan syarikat minyak antarabangsa.

“Kita sedang melihat jangka masa 10 tahun yang akan menentukan masa depan Petronas,” katanya.

Beliau berkata, ketika ini terdapat lebihan tenaga kerja dalam beberapa peringkat dan ia tidak setanding dengan apa yang dilaksanakan di peringkat antarabangsa.

“Rasional untuk penstrukturan ini adalah untuk mengubah semula cara Petronas beroperasi supaya mampu bertahan dan seperti syarikat antarabangsa,” katanya.

Beliau menegaskan, kakitangan peringkat tinggi akan diberhentikan termasuk pekerja kontrak manakala pekerja baharu tidak terbabit. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN