Peruntukan Jakoa terhad, Melaka bantu pembaikan rumah Orang Asli

Peruntukan Jakoa terhad, Melaka bantu pembaikan rumah Orang Asli

MUHAMAD Akmal Saleh menyempurnakan simbolik upacara persandingan Orang Asli Temuan di KUOA 2025 yang berlangsung di Banda Hilir, Melaka. - UTUSAN/AMRAN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Lebih ramai Orang Asli di negeri ini bakal menikmati bantuan baik pulih dan pembinaan rumah baharu mulai tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, sebelum ini kerajaan negeri menerima lebih 70 permohonan daripada kelompok itu untuk tujuan berkenaan.

Katanya, peruntukan yang disediakan kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) pada masa ini amat terhad iaitu hanya mampu menampung dua permohonan baik pulih dan satu pembinaan baharu untuk setahun.

“Melaka ada kira-kira 2,000 Orang Asli, namun bajet yang diperoleh amat terhad. Kerajaan negeri bersetuju melalui Lembaga Perumahan Melaka (LPM) untuk menambah baik bantuan sedia ada.

“Setidak-tidaknya kita dapat gandakan jumlah penerima dan membantu lebih ramai keluarga Orang Asli yang tinggal dalam keadaan serba kekurangan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Karnival Usahawan Orang Asli (KUOA) 2025 di Banda Hilir di sini, semalam.

Muhamad Akmal berkata, ia adalah lanjutan kepada beberapa inisiatif termasuk bantuan insurans kesihatan, bantuan persekolahan secara sekali bayar dan pemberian geran tanah.

Katanya, antara penempatan Orang Asli yang telah menerima geran ialah Kampung Gapam Baru yang wujud hasil perpindahan semasa pembangunan kompleks Seri Negeri.

Beliau berkata, setiap lot tanah hanya dikenakan cukai minimum RM5 setahun sebagai sokongan kepada hak milik kekal di kawasan yang diwartakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN