Perkenal segera mekanisme guna MyKad salur subsidi minyak masak peket

Perkenal segera mekanisme guna MyKad salur subsidi minyak masak peket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan perlu memperkenalkan segera mekanisme penyaluran subsidi minyak masak peket menerusi kad pengenalan.

Bendahari Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Nur Asyikin Aminuddin, berkata, langkah berkenaan penting bagi mengelakkan ketirisan dan berlakunya kes penyeludupan.

“Pemberian subsidi minyak masak menerusi kad pengenalan lebih sesuai. Tidak perlu mewujudkan kaedah baharu kerana rakyat Malaysia sememangnya ada kad tersebut.

“Selain itu, ia dapat mengelakkan daripada berlakunya manipulasi,” katanya di sini semalam.

Media sebelum ini melaporkan minyak masak peket bersubsidi dari Malaysia dijual secara terbuka di negara jiran.

Dalam pada itu, Nur Asyikin berkata, kerajaan perlu mengetatkan lagi kawalan di pintu masuk sempadan negara bagi mengelakkan minyak masak bersubsidi itu bolos ke negara luar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN