Penunggang motosikal maut langgar lembu

Penunggang motosikal maut langgar lembu

UK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL:  Seorang penunggang motosikal warga asing maut selepas melanggar seekor lembu yang melintas di Jalan Bahau-Kemayan, malam 25 Mei lalu. Mangsa, lelaki Bangladesh berusia 21 tahun, dikatakan hilang kawalan selepas bertembung lembu itu sekitar pukul 8 malam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Norhisham Mustapar, berkata siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari Kemayan ke Bahau ketika kejadian. 

Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal terbabas ke bahu jalan sebelah kanan dan mengalami kecederaan parah di kepala.

“Mangsa dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah, namun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 11.25 malam ketika menerima rawatan,” katanya ketika dihubungi.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu atau merbahaya.

Norhisham mengingatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan demi keselamatan bersama, terutama ketika melalui kawasan luar bandar yang berisiko berlaku kemalangan dengan haiwan ternakan atau lain-lain halangan jalan raya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN