‘Penerbit sila buat laporan ke Finas jika slot tayangan tidak munasabah’ - Utusan Malaysia

‘Penerbit sila buat laporan ke Finas jika slot tayangan tidak munasabah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana panggung bermasalah.

Penerbit filem dinasihati menghantar laporan dan aduan rasmi kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sekiranya pihak pawagam memberikan slot tayangan tidak munasabah.

“Saya harap pihak penerbit datanglah atau buat aduan ke Finas. Beri maklumat lokasi, tarikh atau sebarang isu termasuklah berkenaan slot tayangan untuk diambil tindakan.

“Perkara ini pernah terjadi apabila sebuah syarikat animasi mengadu tentang slot tayangan mereka dikurangkan. Tayangan tengah malam yang sepatutnya slot mereka diberikan kepada filem lain.

“Mereka buat aduan ke Finas dan kami terus ambil tindakan terhadap pihak pawagam tersebut. Kita ada lebih 1,800 pawagam di Malaysia,” katanya.

Azmir berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan slot tayangan filem tempatan yang tidak bersesuaian di pawagam.

Bukan hanya terhad kepada penerbit, Finas juga membuka ruang peminat filem tempatan untuk membuat aduan menerusi emel [email protected].

Dalam pada itu, menurut Azmir, pihak Finas akan mengadakan sebuah sesi khas bersama penggiat industri untuk membincangkan isu Skim Wajib Tayang dengan lebih terperinci.

“InsyaAllah, Finas akan adakan sesi bersama semua penggiat industri, pengedar dan pawagam untuk membincangkan lebih lanjut berkenaan Skim Wajib Tayang,” ceritanya.

Terdahulu, pelakon Mencari Ramlee, Sofia Jane mempertikaikan jadual slot penayangan filem berkenaan di GSC sejak filem ditayangkan pada Ahad. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN