Penduduk bina jambatan sementara kali ketiga

Penduduk bina jambatan sementara kali ketiga

MASYARAKAT Orang Asli bergotong-royong membina jambatan sementara untuk kemudahan mereka di Pos Balar, Gua Musang, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Masyarakat Orang Asli Pos Balar di sini membina jambatan kayu buat kali ketiga, sementara menanti siapnya jambatan baharu yang akan bermula pembinaannya dalam masa terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Balar, Hanan Anjang berkata, ia sebagai alternatif bagi memudahkan urusan penduduk berulang-alik ke bandar Gua Musang, selain membolehkan murid-murid kembali mengikuti sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Balar.

“Kita bergotong-royong mem­bina jambatan sementara buat kali ketiga. Kali kedua jambatan ini runtuh pada 18 Mei lalu, akibat arus deras sungai.

“Kami turut mendapat kerjasama daripada seorang kontraktor yang membantu menarik kayu untuk dijadikan jambatan. Penduduk lega selepas dimaklumkan projek pembinaan jambatan baharu disegerakan,” katanya.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan kepayahan anak Orang Asli di Pos Balar menuntut ilmu apabila jambatan yang menjadi nadi utama runtuh selepas dihanyutkan arus deras akibat kejadian kepala air.

Jambatan utama menghu­bungkan kampung mereka runtuh, lantas menjadikan laluan ke sekolah bukan sekadar sukar, malah amat berbahaya.

Susulan itu, Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) mempercepatkan pembinaan jambatan di Pos Balar bernilai RM400,000 dalam masa terdekat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN