Pemuda OKU hilang selepas keluar rumah

Pemuda OKU hilang selepas keluar rumah

SABRI ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Polis meminta bantuan orang ramai memberikan maklumat mengenai kehilangan pemuda orang kurang upaya (OKU), Sabri Ismail, 36, di Taman Seri Embun dekat sini.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Zukri Muhammad berkata, polis menerima laporan daripada kakak mangsa pada 7 Jun lalu berhubung kehilangan Sabri yang mengalami masalah mental selepas keluar dari rumah di Taman Seri Embun pada 2 Jun lalu.

“Mangsa berbadan gempal, berketinggian 178 sentimeter dan berat 90 kilogram ketika keluar dari rumah memakai baju-T hitam, seluarberwarna biru gelap, berkaca mata dan selipar,” katanya di sini hari ini.

Menurut Zukri, lokasi terakhir mangsa yang merupakan pemegang Kad OKU itu dilihat berjalan di sekitar Taman Seri Embun dan disedari oleh ahli keluarganya apabila tidak pulang ke rumah pada tarikh tersebut. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN