KANGAR: Semua pemimpin kerajaan yang kalah dalam pemilihan Pas di peringkat kawasan baru-baru ini diingatkan agar tidak menjauhkan diri daripada jemaah sebaliknya teruskan perjuangan parti. Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, mereka perlu terus bersatu padu kembali serta jangan ada sebarang perasaan dengki kepada pemimpin yang diamanahkan serta melupakan kekalahan tersebut. Katanya, bagi mereka yang terpilih pula perlu sentiasa ingat bahawa kemenangan tersebut adalah tanggungjawab yang diamanahkan oleh perwakilan…