KUALA LUMPUR: Setiap pembangunan bandar, khususnya di ibu negara mesti dirancang secara inklusif agar tidak hanya menguntungkan kelompok tertentu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebaliknya pembangunan yang dirangka perlu menyantuni keperluan majoriti rakyat, khususnya kepada golongan berpendapatan isi rumah 40 peratus terendah (B40) dan 40 peratus pertengahan (M40) Katanya, konsep pembangunan mesti berubah ke arah yang lebih manusiawi, inklusif dan berpaksikan kesejahteraan rakyat, selaras dengan pendekatan Malaysia Madani…