Pemandu dakwa bas tidak laju, brek rosak punca kemalangan

Pemandu dakwa brek rosak punca kemalangan

KEADAAN bas yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Gerik-Jeli dekat Tasik Banding, Gerik, Perak, yang mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), awal pagi semalam menyebabkan 15 pelajar Universiti Pen­didikan Sultan Idris maut. – UTUSAN/FADZIL ZAINOL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pemandu bas mendakwa brek rosak menjadi punca kenderaan tersebut hilang kawalan sehingga meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pen­didikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim di kawasan selekoh di Ki­lometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JR­TB), Jeli-Gerik, dekat sini, awal pagi semalam.

Maklumat itu berpandukan kepada mesej suara yang dipercayai milik pemandu bas berkenaan selepas tular dalam aplikasi WhatApp sejak malam tadi.

“Terima kasih sahabat-sahabat semua, baru jumpa telefon dan pengecas. Baru boleh tengok (baca) WhatsApp.

“Bukan bas laju sebenarnya, masa (ketika) ini brek sudah rosak. Itupun sudah banyak kereta yang dielak. Jika tidak elak kereta mungkin berat lagi (kemalangan lebih teruk),” katanya menerusi mesej suara yang tersebar itu.

Utusan Malaysia melaporkan, perjalanan kembali ke kam­pus 15 pelajar Universiti Pen­didikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim berakhir tragedi apabila mereka maut selepas bas dinaiki terbabas dan terbalik merempuh penghadang jalan di kawasan selekoh di Ki­lometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JR­TB), Jeli-Gerik, dekat sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pu­kul 1 pagi itu, 13 pelajar UPSI berusia antara 21 hingga 23 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua lagi meninggal dunia di Hospital Gerik, sementara 27 lagi ce­dera.

Dua mangsa yang cedera pa­rah dirawat di Hospital Raja Per­maisuri Bainun (HRPB). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN