KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan sebanyak 18 saman trafik pernah dikeluarkan kepada pemandu bas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terbabit kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak, kelmarin. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, daripada 18 saman itu, sebanyak 13 saman dikeluarkan atas kesalahan memandu laju, tiga kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar manakala selebihnya…