Pelajar UiTM menang anak lembu ‘sado’

Pelajar UiTM menang anak lembu ‘sado’

NURUL Aini Kamar Bahrin bersama hadiah cabutan bertuah berupa anak lembu ‘sado’ bernilai RM13,000 yang dimenanginya sempena penutupan Agrofest Melaka 2025 di Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka hari ini.-UTUSAN/AMRAN ALI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA : Nasib menyebelahi seorang pelajar apabila diumumkan sebagai pemenang hadiah cabutan bertuah berupa seekor anak lembu ‘sado’ bernilai RM13,000 sempena Majlis Penutupan Agrofest Melaka 2025 di Dataran Sejarah, Ayer Keroh, di sini hari ini.

Nurul Aini Kamar Bahrin, 23, dari Kesang yang merupakan pelajar jurusan Kejuruteraan Petroleum Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam berkata, dia hadir ke karnival itu secara suka-suka tanpa meletakkan harapan tinggi untuk memenangi hadiah utama tersebut.

“Saya datang pada hari Jumaat dan datang lagi hari ini sebab rasa seronok dengan suasana di sini. Memang saya ada niat nak menang tetapi tak sangka rezeki berpihak kepada saya memandangkan ramai sangat yang turut serta.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana terpilih sebagai salah seorang pemenang, lebih-lebih lagi hadiah seekor anak lembu sado yang harganya mencecah RM13,000,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis berkenaan, hari ini. 

Hadiah disampaikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Nurul Aini berkata, dia bercadang untuk membela sendiri lembu tersebut memandangkan abang iparnya memang sudah terbabit dalam bidang penternakan.

“Abang ipar saya memang penternak lembu, jadi sedikit sebanyak saya sudah ada pendedahan dan minat terhadap ternakan. 

“Saya akan pelihara lembu ini dan akan beri nama padanya tapi setakat ini belum memikirkannya lagi, tengoklah  nanti,” katanya. 

Karnival anjuran Kerajaan Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Pertanian itu berjaya menarik lebih 41,000 pengunjung sepanjang lima tiga penganjuran bermula 27 Jun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN