Pelajar kolej vokasional mengaku tidak bersalah milik lawi ayam

Pelajar kolej vokasional mengaku tidak bersalah milik lawi ayam

MOHD. Erry Irwan Rosli (depan) diiringi anggota polis untuk prosiding perbicaraan atas pertuduhan memiliki sebilah pisau lawi ayam tanpa kebenaran pihak berkuasa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang pelajar di sebuah kolej vokasional mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah pisau lawi ayam tanpa kebenaran pihak berkuasa di Kampung Repek, Bachok, dekat sini, minggu lalu.

Tertuduh, Mohd. Erry Irwan Rosli, 20, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki sebilah pisau jenis lawi ayam berhulu dan bersarung kayu berwarna coklat tanpa tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa. Kesalahan itu dilakukan tertuduh semasa berada di sekatan jalan raya Kampung Repek, Bachok. kira-kira pukul 2 pagi pada 29 Mei lalu.

Mohd. Erry didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun jika sabit kesalahan.

Mahkamah  membenarkan ikat jamin RM 7,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 2 Julai ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen. Tertuduh membayar jaminan yang ditetapkan mahkamah. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN