PETALING JAYA: Penubuhan ‘payung besar’ orang Melayu dilihat sukar bertahan dan berpotensi menghadapi nasib sama seperti kerjasama Muafakat Nasional (MN) yang akhirnya berpecah. Bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib menggesa bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mencari formula baharu yang mampu membina kesatuan orang Melayu kekal dan kukuh. Katanya, perjuangan orang Melayu tidak boleh hanya berteraskan politik semata-mata, sebaliknya perlu tertumpu pada aspek ekonomi dan pendidikan…