KOTA BHARU: Khidmat Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang masih diperlukan Pas untuk memimpin parti itu dan perlu kekal sebagai Presiden meskipun ramai yang mempersoal tahap kesihatannya. Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, kejayaan prosedur perubatan yang dilalui tokoh berkenaan, kelmarin menambah keyakinan bahawa Abdul Hadi akan kembali sihat untuk menggalas tugas sebagai pemimpin. “Paling penting Tok Guru (Abdul Hadi) dapat terus membantu…