KUALA TERENGGANU: Pengalaman selama 40 tahun dalam bidang perubatan nefrologi melayakkan Datuk Dr. Ghazali Ahmad, 67, menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri, hari ini. Dr. Ghazali bersara daripada perkhidmatan awam pada 2018 sebelum menyambung perkhidmatan sebagai Pakar Perunding Nefrologi dan Ketua Jabatan Pengurusan Penyakit Bersepadu di Institut Jantung Negara (IJN). Beliau berkata, anugerah yang diterima menjadi pemangkin kepadanya untuk terus memberi khidmat terbaik kepada masyarakat. “Saya rasa sumbangan saya tidak seberapa, bagaimanapun bersyukur di atas anugerah ini. Saya akan menjadikannya untuk berbakti dan memperkasa ummah kepada komuniti di sini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya