PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah haji.
Beliau berlepas ke Mekah bersama suami, Yin Shao Loong ini berdasarkan video yang dikongsikan di akaun TikTok Nurul Izzah’s Fans baru-baru ini.
Sebelum ini, Nurul Izzah pernah memaklumkan akan menunaikan Rukun Islam kelima dalam Kongres Nasional PKR sebelum ini.
Beliau baru saja dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR yang baharu selepas menewaskan penyandang, Datuk Seri Rafizi Ramli pada pemilihan parti yang berlangsung pada 23 Mei lalu.-UTUSAN