Nikki Palikat tenang hidup solo - Utusan Malaysia

Nikki Palikat tenang hidup solo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Nikki Palikat, mengakui dia kini seronok menjalani kehidupan solo tanpa mempunyai teman lelaki.

Malah kata Nikki kehidupan solo baginya lebih menggembirakan dan memberi ketenangan yang dicarinya selama ini.

“Ada lelaki yang cuba mendekati, terserah, sama ada saya layan atau tidak. Tapi jujurnya saya tidak pernah solo. Saya berkahwin pada usia muda, itu pun selepas bercinta dengan Audi Mok selama tiga tahun.

“Malah selepas bercerai saya bercinta dengan beberapa orang lelaki namun hubungan kami tidak berkekalan.

“Tapi kini buat pertama kali saya single dan saya seronok dengan kehidupan sekarang. Saya serahkan kepada Tuhan untuk hadirkan lelaki benar-benar sesuai dan mencintai saya,” katanya.

Nikki sebelum ini pernah berkahwin dengan komposer Audi Mok namun rumah tangga mereka berakhir pada Jun 2022. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata.

Dalam masa yang sama penyanyi runut bunyi filem Gayong, Malam Nestapa itu menganggap hidup solo sebagai satu kelebihan yang jarang diraikan.

“Saya tak ada masalah hidup solo malah saya lebih gembira hidup sendirian.Saya tak perlu merasa diri dikongkong atau terpaksa berdepan perangai sebilangan besar lelaki yang kuat cemburu.

“Yang tak pernah hidup solo mungkin tak tahu betapa seronoknya jadi single. Mungkin mereka takut keseorangan.

“Tapi sebenarnya hidup single memang menyeronokkan dan kalau boleh saya tak mahu keadaan ini berakhir,” jelasnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN