Neelofa syukur berjaya kuasai bahasa Arab, baca al-Quran macam buku cerita - Utusan Malaysia

Neelofa syukur berjaya kuasai bahasa Arab, baca al-Quran macam buku cerita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sejak membuat keputusan untuk berniqab, setiap pencapaian yang dikecapi oleh selebriti terkenal, Neelofa sering menjadi inspirasi dalam kalangan wanita yang sedang berjuang untuk istiqamah.

Terbaharu, Neelofa berkongsi pencapaian terbaharunya untuk menguasai bahasa Arab.

Menurut Neelofa, dirinya juga pernah berdepan dengan cabaran untuk menguasai bahasa tersebut namun, demi tekad untuk memahami setiap bacaan dalam al-Quran dia berjaya melakukannya.

“Macam mimpi jadi kenyataan, dari dulu selalu doa nak kuasai bahasa Arab untuk faham al-Quran, nak baca al-Quran macam baca buku cerita.

“Nak belajar banyak hadis dan boleh bercakap kalau di Tanah Suci tapi tak tahu macam mana nak buat. Dah cuba banyak kali ambil kelas namun, separuh jalan sebab susah, mindset (pemikiran) dan sibuk.

“Tapi masih doa terutama malam-malam mustajab berdoa walaupun harapan itu nipis saja dalam hati cuma yakin Allah dengar,” katanya menerusi sebuah perkongsian di Instagram Story.

Dalam masa sama, isteri kepada pendakwah selebriti, Haris Ismail atau PU Riz itu juga tidak menjangka dirinya dapat mempelajari bahasa Arab sehingga mampu menghabiskan 10 topik.

“Sekarang dah bab 10 buku satu, panjang lagi perjalanan, cuma macam tak percaya boleh sampai di sini.

“Moga Allah lapangkan dada, pancarkan cahaya ilmu dan bagi kefahaman untuk kuasai ilmu bahasa ini, semua milik Allah.

“Moga Allah rezekikan untuk pinjamkan ilmu ini sepenuhnya suatu hati nanti, Insya-Allah,”

Melihat konsistensinya mendalami ilmu agama dan mencari reda Ilahi secara tidak langsung menjadi pendorong lebih ramai lagi yang mahu perbaiki diri.

Pada Oktober 2020, Neelofa mengejutkan industri hiburan tanah air selepas mengambil keputusan untuk berhijab dan berniqab demi meraih keredaan Ilahi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN