Nahas UPSI: Kerajaan Terengganu bantu mangsa naik Perodua Alza

Nahas UPSI: Kerajaan Terengganu bantu mangsa naik Perodua Alza

HANAFIAH Mat (kiri) menyantuni keluarga  pemandu Perodua Alza yang terlibat dalam nahas bas dinaiki pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik, Perak, Isnin lalu. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Kerajaan Negeri Terengganu menghulurkan sumbangan sebanyak RM4,000 kepada keluarga pemandu Perodua Alza yang terlibat dalam nahas bas dinaiki pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik, Perak, Isnin lalu. 

Sumbangan itu disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Hanafiah Mat yang turut menyantuni keluarga Mohd Lutfi Radzi, 37, dan isterinya, Nurul Ain Zakaria, 36, di Baling, Kedah, semalam. 

Hanafiah menerusi laman sosialnya berkata, keadaan lelaki itu dan isteri serta dua anaknya semakin baik, namun masih dalam pemantauan pihak hospital. 

“Alhamdulillah, sebelum ini kami hanya berhubung melalui telefon, hari ini ditakdirkan kami bertemu empat mata. Sebelum ini saya telah menyampaikan sumbangan peribadi sebanyak RM1,000 kepada mereka. Hari ini saya mewakili Kerajaan Negeri Terengganu, menyampaikan sumbangan RM4,000 iaitu RM1,000 bagi setiap seorang mangsa, kepada mereka,” katanya. 

Dalam kejadian awal pagi Isnin lalu, Perodua Alza yang dinaiki empat sekeluarga berkenaan terlibat kemalangan dengan sebuah bas yang membawa pelajar UPSI dari Jertih, Besut menuju ke Tanjung Malim, Perak.

Kejadian itu menyebabkan Nurul Ain mengalami kecederaan patah tulang rusuk sebelah kiri manakala anak perempuannya Nur Aisyah Nafishah Mohd Lutfi, 6, patah paha kanan. Tragedi itu turut meragut 15 nyawa pelajar UPSI. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN