Nahas bas UPSI: JKR sedia beri bantuan nasihat, teknikal

Nahas bas UPSI: JKR sedia beri bantuan nasihat, kepakaran teknikal

KEADAAN bas yang terbabit kemalangan di Jalan Gerik-Jeli dekat Tasik Banding, Gerik, Perak yang mengorbankan 15 nyawa pagi tadi.-UTUSAN/FADZIL ZAINOL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak konsesi penyelenggaraan akan memberikan bantuan dalam bentuk nasihat serta kepakaran teknikal sekiranya diperlukan oleh pihak berkuasa susulan kemalangan di Jalan Gerik-Jeli dekat Tasik Banding, Gerik, Perak yang mengorbankan 15 nyawa pagi tadi.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata arahan itu sudah dikeluarkan kepada JKR bagi memberikan bantuan berkaitan.

“Di pihak Kementerian Kerja Raya, saya telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya bersama-sama dengan pihak konsesi penyelenggaraan memberikan bantuan dalam bentuk nasihat serta kepakaran teknikal sekiranya diperlukan oleh pihak berkuasa.

“Saya juga memohon jasa baik orang ramai untuk memberikan ruang kepada pihak berkuasa agar siasatan dapat berjalan dengan lancar dan menyeluruh.

“Saya dan seluruh pasukan KKR akan terus memantau perkembangan siasatan ini dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi memastikan keadilan dan keselamatan awam terjamin,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan seramai 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) maut apabila bas yang dinaiki mereka dalam perjalanan pulang ke universiti itu, terbabit dalam kemalangan dan terbalik di Jalan Raya Timur Barat, berhampiran Tasik Banding, Gerik Perak awal pagi tadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN