Murid SK Pendok sertai Karnival STEM

Murid SK Pendok sertai Karnival STEM

MURID daripada SK Pendok, Jeli Kelantan setia menunggu giliran untuk melancarkan roket air di Pertandingan Water Rocket Challenge , UiTM Kelantan kampus Machang baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Dua murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pendok, Jeli, tidak dapat menyembunyikan keterujaannya apabila terpilih mewakili sekolah ke Karnival STEM Generasi Madani anjuran Unit Pembangunan.

Bakat Murid (UPBM), Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan baru-baru ini.

Karnival yang berlangsung selama dua hari itu diadakan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kelantan kampus Machang, menghimpunkan penyertaan sekolah rendah dan menengah seluruh negeri bagi menyertai Water Rocket Challenge, sebuah pertandingan berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Pertandingan yang diadakan pada 13 dan 14 Mei itu menjadi medan mencungkil bakat serta kreativiti murid-murid dalam bidang kejuruteraan asas menerusi teknologi pelancaran roket air. Ia juga memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai konsep sains angkasa dan prinsip fizik dalam pembinaan dan pelancaran roket.

Antara objektif utama pertandingan itu adalah memupuk minat murid terhadap mata pelajaran sains dan teknologi serta memberi peluang kepada mereka mengaplikasikan teori pembelajaran secara praktikal.

Menurut Guru Penasihat STEM SK Pendok, Siti Amira Zakaria, penyertaan murid sekolah itu dalam karnival berprestij ini adalah satu penghargaan besar buat sekolah luar bandar.

“Kami berasa bangga kerana murid kami dapat bersaing dengan peserta dari sekolah lain yang lebih berpengalaman, “ ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN