Motosikal antara barangan peribadi mangsa diserah kepada waris

Tragedi pelajar UPSI: Motosikal antara barangan peribadi mangsa diserah kepada waris

SUKARELAWAN Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menurunkan motosikal milik mangsa kemalangan di Gerik, Perak untuk diserahkan kepada waris mereka  di Masjid Hadhari, Jertih, Besut, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Empat buah motosikal antara barangan yang diserahkan kepada waris pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam nahas  di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Ahad lalu.

Konvoi melibatkan 11 kakitangan dan pelajar UPSI diketuai Pengarah Pusat Transformasi Komuniti Universiti itu (UCTC), Prof. Dr. Mohd Azlan Nafiah membawa barangan dan pakaian milik mangsa dari Tanjung Malim, Perak dan meletakkanya di pekarangan Masjid Hadhari, Jertih, di sini untuk dituntut oleh waris masing-masing, hari ini.

Mohd. Azlan berkata, barangan yang dibawa dengan lori khas itu diletakkan di ruang legar Masjid Hadhari, Jerteh sebelum diagihkan kepada keluarga masing-masing. 

“Sekiranya tiada wakil tampil menuntut, barangan ini dihantar ke rumah-rumah penerima termasuk keluarga mangsa yang tidak mempunyai kenderaan.

“Selain pakaian dan barangan, motosikal Modenas Kris 110 milik arwah Fakru Arif Rosdi, Muhammad Mustaqim Rosde (Yamaha LC135), Ainul Qistina Mat Ali (Yamaha Ego) dan motosikal  SYM 281 milik Mohd .Aqil Taqiuddin Mohd. Sufian turut diserahkan.

“Program ini madalah sebahagian daripada inisiatif dan tanggungjawab sosial universiti memulangkan semula barangan milik mangsa,” ” katanya ketika ditemui pemberita, di sini, hari ini.

Katanya, semua 15 pelajar yang meninggal dunia tinggal dalam kediaman kampus memudahkan tugasan mengumpul dan mengembalikan semula barangan mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN