'Mereka ada bergaduh, menanti tak bagi jumpa emak bapa

‘Mereka ada bergaduh, menantu tak bagi jumpa emak bapa, adik beradik’

FATIMAH Seman tidak dapat menahan sebak ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pengkalan Kota, Durian Chondong, Tangkak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK: Suspek yang mengelar isterinya sehingga mati kelmarin memang didapati bergaduh dengan mangsa.

Malah, ibu mangsa, Fatimah Seman, 63, memberitahu, menantunya itu sudah lama tidak menegurnya.

“Suspek juga tidak beri anak mak cik jumpa emak, bapa, adik-beradik dan saudara-mara,” luah ketika ditemui di Kampung Pengkalan Kota, Durian Chondong, dekat sini, hari ini.

Sebulan sebelum kejadian, Fatimah dapat merasakan sesuatu yang buruk akan menimpa Lecah Junus, 34,  anak kedua daripada empat beradik itu ekoran perubahan sikap menantunya yang berusia 33 tahun.

Kali terakhir dia berhubung dengan arwah pada petang sebelum kejadian dan menyangka anaknya itu berada dalam keadaan baik.

“Sejak bulan puasa mak cik akan pergi rem (pusat pengumpulan buah kelapa sawit) kalau nak jumpa dia. Kali terakhir jumpa dia tiga hari lepas, kemudian petang hari yang dia kena bunuh tu dia panggil datang rem ambil beras dia beli dari Thailand.

“Dia pergi berjalan tu mak cik ingatkan dia baik sahaja, tapi dalam sebulan lepas perasaan seorang ibu ni, mak cik dapat rasa dia (mangsa) akan mati dan malam suaminya bakar rumah ini pun gerak hati mak cik ini kata dia (suspek) nak hantar sesuatu kepada kami,“ katanya.

Anaknya yang bekerja sebagai kerani berkahwin dengan suspek pada 2023 dan menetap bersamanya sebelum berpindah ke rumah baharu dibeli mangsa di Taman Cahaya, Bukit Gambir dua bulan lalu.

Fatimah hanya mengetahui anaknya mati dikelar selepas pihak polis datang ke rumah untuk menyiasat kes kebakaran yang dilakukan suspek. 

“Pagi semalam mak cik cakap dekat polis minta tolong, tak tahu apa cerita anak, senyap tak ada berita lepas suaminya datang bakar kereta, bakar motosikal.

“Kalau lambat bangun satu keluarga mak cik, cucu mak cik mati. Mak cik jerit minta tolong selamatkan kereta dekat depan, takut meletup kena rumah. Lepas tu (diberitahu mangsa dibunuh) mak cik tenangkan hati, Allah bagi mak cik kuat tak pengsan,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang kelmarin, suspek mengelar sehingga mati isterinya sebelum pergi ke rumah ibu mentuanya untuk membakar kediaman berkenaan.

Suspek yang berjaya dltahan kini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN