PUTRAJAYA: Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan ditugaskan untuk melakukan beberapa tindakan susulan berhubung pengumuman Pihak Berkuasa Tanah Singapura (SLA) tentang pengambilan dua bidang tanah milik kerajaan Malaysia bagi tujuan pembangunan semula dan peluasan Kompleks Kastam dan Imigresen Woodlands. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu ada dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini. “Jemaah Menteri ada membincangkan tentang hal ini dan Menteri Kewangan II telah…










