KANGAR: Pemilihan Pas Kawasan Arau menyaksikan kejutan apabila Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli tewas bagi jawatan Yang Dipertua. Mohd. Shukri yang juga Pesuruhjaya Pas negeri hanya memperoleh 43 undi, tewas kepada penyandang, Solahudin Azmi yang menerima sebanyak 128 undi. Bagi jawatan Timbalan Yang Dipertua, Ruselee Eizan gagal mempertahankan kedudukannya tewas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji, Mohd. Ridzuan Hashim. Mohd. Ridzuan memperoleh 135 undi jauh meninggalkan Ruselee yang menerima 34 undi. Bagi jawatan Naib Yang Dipertua, ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco), Razali Saad yang memperoleh 39 undi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya