Mayat mangsa nahas bas UPSI, MPV dibedah siasat

Mayat mangsa nahas bas UPSI, MPV dibawa ke HRPB, Hospital Gerik untuk bedah siasat

KEADAAN bas membawa pelajar UPSI yang terlibat kemalangan di Jalan Gerik-Jeli dekat Tasik Banding di Gerik, Perak. -  IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Mayat 15 mangsa nahas membabitkan bas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Gerik-Jeli dekat Tasik Banding di sini, dibawa ke dua hospital bagi proses bedah siasat.

Difahamkan, mayat 13 individu itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh manakala dua lagi di Hospital Gerik.

Kejadian sekitar pukul 1 pagi itu berlaku ketika bas membawa 43 pelajar dalam perjalanan dari Kelantan menuju ke UPSI di Tanjung Malim sebelum terlibat nahas dengan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Difahamkan, seramai 13 mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua lagi meninggal dunia di Hospital Gerik.

Setakat ini, tujuh mangsa berada di zon merah dengan 20 mangsa di zon kuning dan 16 mangsa di zon hijau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN