Mayat bergelimpangan dalam longkang, atas besi penghadang

Mayat bergelimpangan dalam longkang, atas besi penghadang jalan

KEADAAN bas membawa pelajar UPSI yang terlibat kemalangan di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Jeli-Gerik dekat Tasik Banding dekat Gerik, Perak hari ini. - UTUSAN/FADZIL ZAINOL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Mayat bergelimpangan dalam longkang dan atas besi penghadang jalan merupakan antara disaksikan oleh pasukan operasi menyelamat yang terawal berada di lokasi nahas kemalangan bas di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli pagi tadi.

Malah didakwa ada mayat berada dalam keadaan tidak sempurna akibat kemalangan tersebut yang berlaku antara pukul 1 hingga 2 pagi yang mengorbankan 15 nyawa.

Ketua Balai Bomba Gerik, Mohd. Azizan Abd. Aziz  berkata, anggotanya yang tiba lebih awal mendapati sebahagian mangsa terselamat telah duduk di luar hadapan bas yang telah terbalik sambil menantikan ambulans.

Katanya, dalam kejadian itu pasukannya perlu mengeluarkan enam lagi mangsa yang masih berada di dalam bas dengan dua daripada mereka masih bernyawa.

“Ada mayat yang berada di dalam longkang dan atas rail (besi penghadang jalan). Sepanjang perkhidmatan saya di sini, ini kemalangan melibatkan paling ramai mangsa, 48 orang,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Dalam operasi menyelamat dari pukul 1 pagi itu, seramai 17 anggota bomba yang terlibat dari Gerik dan Jeli selain membabitkan lebih 13 anggota dan kakitangan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan dan Angkatan Pertahanan Awam.

Mengikut laporan seramai 13 meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi di hospital dengan kesemua mereka adalah pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Difahamkan bas tersebut yang disewa oleh sekumpulan pelajar UPSI itu terbabas selepas melanggar belakang kenderaan Perodua Alza di kilometer 53 JRTB Gerik-Jeli.

Jelas Azizan, pihaknya terpaksa membuka bumbung bas untuk mengeluarkan beberapa mangsa yang masih berada di dalam kenderaan tersebut.

“Tiada mangsa yang tersepit, cuma kami kesukaran untuk akses masuk ke dalam bas. Kami terpaksa membuka bahagian bumbung bas untuk mendapatkan ruang kerja,” katanya.

Operasi mengalihkan bas yang terbalik itu bermula dari pukul 2.40 petang sehingga 3.15 dan dibawa oleh trak tunda ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN