KUALA NERUS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu menemukan objek terapung yang dipercayai milik nelayan, Mohd. Noor Abdullah, 54, yang dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak 24 Jun lalu, di kedudukan enam batu nautika timur Pulau Yu, dekat sini, semalam. Pengarah Maritim Negeri, Kepten Hamiludin Che Awang berkata, barang yang ditemukan oleh Bot Peronda Maritim Penggalang adalah tong ikan berwarna jingga. “Penemuan ini dibuat selepas operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) …







