PENDANG: Terpaksa mandi dan membasuh di rumah mentua kerana bekalan air terputus sejak lima hari lalu, merupakan antara pengalaman terpaksa diharungi penduduk Desa KEDA Lahar Tunjung dekat sini. Masalah gangguan bekalan air yang berlarutan sejak setahun lalu semakin buruk apabila lebih 700 penduduk berdepan tekanan, tanpa bantuan mencukupi daripada pihak berkaitan. Syarikat Air Darul Aman (SADA) didakwa hanya menghantar dua lori air bagi menampung keperluan 104 rumah, menyebabkan ramai penduduk gagal menerima bekalan. Nordin Mansur, 56, berkata, keluarganya kini bergantung kepada air dari rumah mentua untuk mandi dan mencuci pakaian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya