KUALA LUMPUR: ‘Malaysia Madani: Rakyat Disantuni’ dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 (HKHM 2025) dan logo yang sama tahun sebelumnya dikekalkan hingga 2027. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk HKHM 2025 berkata, konsep Malaysia Madani menekankan prinsip pembangunan yang menyeluruh dan seimbang. “Ia membabitkan keseimbangan antara kemajuan material dan pembangunan rohani, merangkumi aspek kemajuan ekonomi, integriti pentadbiran dan perpaduan masyarakat. “Penekanan pada…










