Malaysia gesa negara antarabangsa desak Israel henti serang Iran

Malaysia gesa negara antarabangsa desak Israel henti serang Iran

ANWAR Ibrahim (tengah) diberikan penerangan ketika melawat reruai pameran selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Energy Asia di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC).-UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia selaku Pengerusi ASEAN menggesa negara Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara lain untuk mendesak Israel menghentikan serangan terhadap Iran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemantauan secara teliti juga perlu dilaksanakan bagi melihat tindakan lanjut dan kesan ekoran konflik berkenaan.

Bagaimanapun katanya, konflik kedua-dua negara itu bagaimanapun tidak semestinya memberi kesan buruk kepada industri minyak. 

“Yang kita harus tahu bagaimana boleh satu negara secara biadab dan ganas menyerang semua negara-negara jiran. Sebab itu kita faham mengapa Iran terpaksa serang balas untuk mempertahankan negara mereka.

“Tetapi, apapun kita bersetuju untuk meleraikan dan mencapai keamanan segera. Kita ingin menggesa semua  negara Eropah, AS dan negara lain bekerja untuk memaksa Israel menghentikan dan dengan itu Iran menghentikan segala serangan balas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa menghadiri Majlis Perasmian Energy Asia 2025 di sini hari ini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN