Majlis Syura Ulama perlu tapis calon Presiden, Timbalan Presiden

Majlis Syura Ulama perlu tapis calon Presiden, Timbalan Presiden Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Calon yang mahu bertanding bagi merebut jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Pas perlu melalui tapisan Majlis Syura Ulama parti.

Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Mokhtar Senik berkata, partinya itu perlu mewujudkan peraturan khas berkenaan untuk mengawal kualiti kelayakan bagi memegang dua jawatan tertinggi tersebut.

Kata beliau, Majlis Syura Ulama perlu diberi kuasa untuk menggugurkan calon yang tidak layak daripada bertanding bagi merebut jawatan yang kini disandang oleh Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Kalau ada dua calon layak sahaja maka orang itu sahaja bertanding. Mereka yang tak layak digugurkan Majlis Syura.

“Ini bertujuan mengawal kualiti kelayakan penjawat kedua-dua jawatan itu. Sebab saya bimbang semua orang merasakan dia layak,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Mokhtar berkata demikian selepas wujud ura-ura bahawa dua jawatan itu akan dipertandingkan pada pemilihan Pas yang dijangka berlangsung pada September ini.

Kali terakhir dua jawatan tersebut dipertandingkan adalah pada 2015 iaitu menyaksikan Abdul Hadi menewaskan Ahmad Awang manakala Tuan Ibrahim pula berjaya merampas kerusi Timbalan Presiden daripada Datuk Seri Mohamad Sabu.

Pertembungan antara kumpulan pro ulama dan profesional pada pemilihan itu menyaksikan ramai pemimpin Pas keluar termasuk Mohamad, Khalid Abdul Samad dan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad sehingga menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN