PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta supaya pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang terlibat dalam insiden membakar karikatur menyerupai dirinya di Kota Kinabalu, Ahad lalu, tidak diambil tindakan dibuang universiti. Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir. “Perdana Menteri berpesan agar pelajar UMS yang terlibat insiden baru-baru ini tidak dibuang universiti. “Bagi Anwar, mereka mungkin membuat kesilapan tetapi masa depan dan pengajian mereka jauh lebih penting dan perlu diutamakan,” katanya menerusi akaun media sosial itu. Ahad lalu, kumpulan aktivis pelajar, Suara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya