Lelaki warga United Kingdom dilaporkan hilang sejak selasa lalu

Lelaki warga United Kingdom dilaporkan hilang sejak selasa lalu

UK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga United Kingdom dilaporkan hilang sejak Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kehilangan Jordan Michael John Johnson-Doyle, 25, pada Isnin.

“Kita telah menerima laporan daripada bapa kepada lelaki itu, setakat ini dua saksi telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, orang ramai juga dinasihatkan tidak menimbulkan sebarang spekulasi.

“Maklumat lain berkaitan kes jenayah boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999,” ujarnya.

Sebelum ini, media melaporkan pengembara solo itu dikhuatiri hilang apabila gagal dikesan selepas berkunjung ke sebuah bar di Bangsar, di sini, pada Selasa.

Sebuah portal Daily Mail melaporkan jurutera perisian Jordan Johnson Doyle, disedari hilang oleh keluarganya apabila telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi, malah akaun media sosialnya juga tidak aktif.

Menurut laporan, ibu lelaki itu mendakwa anaknya ada menghantar gambar bersama seorang rakan di sebuah bar di Bangsar kira-kira pukul 8 malam, Selasa lalu.

Ibunya, Leanne Burnett dilaporkan berkata, mereka berhubung hampir setiap hari dan sentiasa mengakses ‘Find My Iphone’ anaknya untuk mengetahui lokasi.

Menurut wanita itu, telefon bimbit Jordan kali terakhir dapat dikesan pada Jumaat lalu iaitu tiga hari selepas kali terakhir dilihat.

Katanya, dia menghubungi rakan baik anaknya yang ada bersama pada Selasa lalu, dan lelaki itu memaklumkan kali terakhir berhubung dengan Jordan pada hari sama.

Difahamkan, Jordan melakukan pengembaraan di sekitar Mediterranean dan Asia Tenggara selama lebih setahun lalu, sambil bekerja secara jarak jauh dengan sebuah syarikat beroperasi di Amerika Syarikat.

Lelaki itu dikatakan tiba di Malaysia pada 17 Mei lalu selepas berkunjung ke Vietnam dan menginap di sebuah hotel di Bukit Bintang, di sini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN