Layan sama rata kemasukan pelajar cemerlang STPM ke IPT

Layan sama rata kemasukan pelajar cemerlang STPM ke IPT

WOO KAH LEONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) disaran melaksanakan reformasi jangka pendek dalam sistem kemasukan universiti dengan memberi keutamaan kursus dan universiti pilihan pertama kepada semua pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0.

Ketua DAPSY Kebangsaan, Woo Kah Leong berkata, ia perlu dilakukan sebagaimana kerajaan menjamin pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh 10A diberikan kemasukan automatik ke matrikulasi.

Beliau yang juga ADUN Pasir Bedamar berkata, pendekatan yang sama harus diperluaskan kepada pelajar STPM sebagai langkah reformasi yang saksama.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam sistem prauniversiti yang sedia ada, Matrikulasi mempunyai kelebihan yang jauh lebih besar daripada STPM, sehingga menyebabkan ramai pelajar cemerlang STPM tidak mengira kaum gagal untuk memperoleh pilihan IPTA dan kursus utama mereka.

“Ketidakseimbangan sistem prauniversiti yang menjejaskan semangat, motivasi dan masa depan pelajar STPM tidak sepatutnya menjadi penghalang kepada pelajar cemerlang STPM untuk melanjutkan pelajaran di universiti tempatan terkemuka,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Woo, reformasi pendidikan tinggi seperti itu penting bagi meningkatkan kualiti dan daya saing graduan yang dihasilkan, selain membantu pelajar memperbaiki taraf ekonomi keluarga mereka.

“Sebagaimana kerajaan menjamin pelajar SPM yang memperoleh 10A diberikan kemasukan automatik ke matrikulasi, pendekatan sama harus diperluaskan kepada pelajar STPM.

“Kemasukan ke universiti awam harus dilakukan secara adil, telus dan berdasarkan prestasi akademik pelajar agar pelajar cemerlang boleh mendapat peluang pendidikan yang adil,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini