Laporan awal insiden FRU disiarkan kepada umum esok

Laporan awal insiden FRU disiarkan kepada umum esok

KEADAAN trak FRU yang terlibat kemalangan dengan lori di Jalan Sungai Lampam di Teluk Intan. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Laporan awal berkaitan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang maut dalam kemalangan di Jalan Chikus-Sungai Lampam dekat Teluk Intan, Perak pada 13 Mei lalu telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri pagi tadi.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, orang ramai boleh mengakses laporan awal tersebut di laman web kementerian esok.

“Orang ramai boleh mengakses laporan awal itu esok membabitkan kerjasama beberapa agensi.

“Laporan ini dijadikan rujukan umum untuk mengetahui nahas itu dan dibuka untuk dijadikan kajian oleh pakar dalam bidang berkaitan.

“Kita juga ingin orang ramai menyumbang agar lanskap keselamatan jalan raya dapat dilihat dengan lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media Mingguan Kementerian Komunikasi di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), hari ini.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN