KUALA SELANGOR: Perbelanjaan mengurus dan memulihara kawasan hutan simpan seluas lebih 250,250 hektar di negeri ini meliputi darat, paya serta pesisir pantai mencecah antara RM4 juta hingga RM6 juta setahun. Jumlah itu boleh menjangkau RM6 juta sekiranya berlaku insiden-insiden melibatkan kerosakan hutan seperti kebakaran atau penerokaan haram. Pengarah Jabatan Perhutanan Selangor, Azhar Ahmad berkata, faktor kebakaran hutan kebanyakan disumbang oleh aktiviti manusia seperti pembakaran unggun api oleh individu yang menceroboh hutan. “Kita bimbang pengurusan pertanian yang dimiliki oleh individu dan persendirian sedikit sebanyak memberi kesan ke atas hutan simpan. (Pernah)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya