Kontrak Jun Ji Hyun bersama Ieum Hashtag tamat

Kontrak Jun Ji Hyun bersama Ieum Hashtag tamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Pelakon, Jun Ji Hyun secara rasmi telah meninggalkan Ieum Hashtag selepas tiga tahun bersama agensi pengurusan bakat tersebut.

Perkara itu disahkan wakil agensi berkenaan yang turut memaklumkan kontrak Ji Hyun bersama mereka telah tamat.

“Kontrak Jun Ji Hyun telah tamat. Kami membuat keputusan untuk tidak menyambungnya,” jelas wakil agensi itu.

Ji Hyun bernaung dibawah Ieum Hashtag sejak 2022. Agensi terbabit turut menguruskan kerjaya pelakon Jung So-min.

Dalam perkembangan lain, pelakon berusia 43 tahun itu bakal muncul dalam drama bersiri Tempest yang akan ditayangkan menerusi platform Disney +.

Drama tersebut turut menampilkan aktor Kang Don Won dan John Cho.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN