KKDW peruntuk RM122.5 juta naik taraf jalan luar bandar

KKDW peruntuk RM122.5 juta naik taraf jalan luar bandar

AHMAD Zahid ketika melawat projek penaiktarafan laluan sepanjang 19.9 kilometer (km) dari Kampung Kupang ke Simpang Jalan Bajau di Saratok, Sarawak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak RM122.5 juta diperuntukkan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi menggerakkan Program Jalan Luar Bandar (JALB).

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, projek tersebut melibatkan penaiktarafan laluan sepanjang 19.9 kilometer (km) dari Kampung Kupang ke Simpang Jalan Bajau di Saratok, Sarawak.

Katanya, ia termasuk pembinaan lima buah jambatan sebagai usaha merapatkan jurang infrastruktur antara bandar dan desa sekali gus memberi manfaat langsung kepada komuniti setempat.

“Sebagai menteri, saya mahu jalan ini menjadi pemangkin mobiliti yang lebih lancar, meningkatkan akses ke pusat bandar serta membuka ruang lebih luas kepada pertumbuhan sektor pertanian, pelancongan desa dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Inilah wajah sebenar pembangunan yang inklusif bukan hanya tertumpu di kota, tetapi turut meresap ke desa.

“Kita tidak mahu ada komuniti yang tertinggal hanya kerana kedudukan geografinya,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, pelaksanaan program itu juga membuktikan keprihatinan kerajaan dalam memenuhi keperluan rakyat.

“InsyaAllah, dengan pelaksanaan yang cekap dan menepati standard kualiti tinggi, projek ini akan menjadi bukti kukuh bahawa Kerajaan sentiasa mendengar, memahami dan bertindak demi kesejahteraan semua,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN