Kesusahan hidup bukan penghalang berjaya

Kesusahan hidup bukan penghalang berjaya

FATIN Nur Hanis Zulkifli (kanan) dan An-Nisa’ Mustapa menunjukkan keputusan STPM 2024 dengan keputusan PNGK 4.00 di SMK Tengku Panglima Raja, Pasir Mas, Kelantan. – UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Anak kepada pemandu lori yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024 bertekad untuk melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM).

Fatin Nur Hanis Zulki i, 20, yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Raja berkata, kesusahan hidup bukan penghalang untuknya berjaya.

“Keputusan ini memberi peluang yang besar kepada saya untuk mencapai cita-cita sebagai guru. Kejayaan ini adalah hadiah yang cukup bermakna buat ayah, Zulkifli Abdul Hamid dan ibu, Ilani Ismail,” katanya ketika ditemui di SMK Tengku Panglima Raja di sini, semalam.

Menurut anak keempat daripada enam beradik itu, kejayaan itu hasil belajar bersama rakan baik nya, An-Nisa’ Mustapa, 21, yang turut memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00.

Sementara itu, An- Nisa’ yang merupakan anak kepada tukang jahit berkata, dia berjaya memperoleh keputusan itu, meskipun lewat setahun mendaftar ke tingkatan enam.

Katanya, selepas memperoleh keputusan 4A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia mengikuti program asasi pengajian Islam di sebuah universiti swasta.

“Saya hanya sempat belajar lapan bulan dan mengubah fikiran untuk ke tingkatan enam. Saya rugi setahun kerana silap membuat keputusan, namun berjaya menebus kesilapan itu dengan memperoleh keputusan STPM yang cemerlang.

“Kejayaan ini didedikasikan kepada ibu, Sabariah Omar yang banyak berkorban untuk membesarkan saya dengan pendapatan sebagai tukang jahit selepas ayah meninggal dunia lima tahun lalu,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN