Kerajaan Terengganu tanggung kos pengebumian

Kerajaan Terengganu tanggung kos pengebumian

SEMUA jenazah mangsa kemalangan bas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak akan ditempatkan di Masjid Hadhari, Jerteh, Besut, Terengganu sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu menanggung sepenuhnya kos pengebumian semua mangsa nahas melibatkan bas dinaiki mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang meragut 15 nyawa di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak, hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim berkata, ia termasuk pengurusan jenazah dan proses pengkebumian; pengangkutan jenazah dari lokasi kejadian ke kampung halaman masing-masing dan sokongan logistik kepada keluarga mangsa yang berada di hospital atau di lokasi.
“Kerajaan negeri juga menggerakkan pasukan sokongan psikososial bagi membantu ahli keluarga mangsa. Ia termasuk menyediakan khidmat kaunseling dan bantuan segera yang diperlukan oleh waris sebagaimana diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan Negeri Terengganu, Datuk Satiful Bahri Mamat pagi tadi.
“Sesungguhnya, kejadian ini merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja buat keluarga, bahkan kepada Terengganu yang selama ini amat berbangga dengan semangat anak-anak muda dalam menuntut ilmu.
“Kami mendoakan agar roh semua mangsa dicucuri rahmat dan keluarga mereka diberikan ketabahan serta kekuatan dalam menghadapi ujian yang amat berat ini,” katanya. – UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN