Kementerian Kerja Raya laksana 170 projek fasiliti kesihatan awam bernilai RM18.12 bilion

Kementerian Kerja Raya laksana 170 projek fasiliti kesihatan awam bernilai RM18.12 bilion

DR. Dzulkefly Ahmad melihat fasiliti yang terdapat dalam Hospital Pasir Gudang pada Majlis Penyerahan Hospital Pasir Gudang di Bandar Seri Alam, Masai, Johor Bahru Johor hari ini.-UTUSAN//RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kementerian Kerja Raya (KKR) telah diberi mandat melaksanakan 170 projek melibatkan fasiliti kesihatan awam di seluruh negara dengan nilai keseluruhan RM18.12 bilion.

Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, Datuk Roslan Ismail berkata, kesemua projek tersebut melibatkan tiga fasa berbeza iaitu fasa prapembinaan, fasa pembinaan dan projek siap.

“Fasa prapembinaan melibatkan 62 bilangan projek dengan anggaran kos RM5.56 billion, fasa pembinaan pula melibatkan 63 projek dengan kos bernilai RM7.95 billion serta fasa ketiga iaitu sebanyak 45 projek siap dengan kos RM4.61 bilion.

“Sebagai agensi teknikal utama, kita akan terus melaksanakan penyeliaan secara holistik melalui Sistem Kawal dan Lapor; Sistem Pemantauan Projek Bergambar dan Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) merangkumi Sistem Pengurusan Kualiti, Sistem Pengurusan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan, Sistem Pengurusan Alam Sekitar, Sistem Pengurusan Tenaga dan Sistem Pengurusan Anti Rasuah,” katanya pada Majlis Penyerahan Projek Hospital Pasir Gudang (HPG), Bandar Seri Alam, di sini hari ini. 

Turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Tambah Roslan, HPG merupakan projek fasiliti kesihatan berimpak tinggi yang dilaksana menggunakan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) dengan penilaian skor IBS melebihi 70 peratus.

“Walaupun projek pembinaan hospital ini berdepan cabaran iaitu dihentikan sementara susulan pandemik Covid-19, namun pada akhirnya ia dapat disiapkan dalam tempoh ditetapkan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN