PETALING JAYA: Sebanyak 204 kes kemalangan membabitkan motosikal direkodkan sejak Januari hingga Mei lalu di di Lebuhraya Persekutuan berbanding 151 kes bagi tempoh sama tahun lalu. Jumlah itu sekali gus menyaksikan peningkatan tinggi membabitkan kemalangan motosikal. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 53 kes atau 35.1 peratus dengan penunggang motosikal terus menjadi penyumbang tertinggi kepada kematian akibat kemalangan jalan raya daerah ini. “Sehingga Mei tahun ini, sebanyak 34 kematian penunggang motosikal direkodkan manakala bagi 2024, jumlah kematian melibatkan penunggang motosikal adalah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya