Kedudukan kenduri arwah dalam Islam
SOALAN
Adakah kenduri arwah dalam Islam memang dianjurkan seperti tiga hari, 10 hari, atau 40 hari? Apa kedudukannya di sisi Islam?
Ruslan
Morib
Jawapan
Kenduri arwah termasuk perkara khilaf dalam kalangan ulama kita. Apa-apa pun bacalah al-Quran dan sentiasa berdoa kepada mereka tanpa terikat dengan hari atau bulan.
Doa qunut qada solat Subuh
SOALAN
Jika tertinggal solat Subuh kita wajib mengada. Apakah doa qunut wajib dibaca dalam solat yang diqada itu?
Mimbar keliru
Kuala Lumpur
Jawapan
Menqada solat subuh adalah wajib kerana ia adalah hutang dengan Allah Taala. Ada pun bacaan qunut adalah sunat sahaja tidak membatalkan solat ketika meninggalkannya.
Wali anak tidak sah taraf
SOALAN
Siapakah nasab bagi anak tidak sah taraf? Kalau dia wanita yang ingin berkahwin, siapa walinya?
Ingin tahu
Alor Setar
Jawapan
Anak tidak sah taraf lelaki tidak berhajat kepada wali kerana dia ialah lelaki. Ada pun anak perempuan yang tidak sah taraf boleh dirujuk kepada wali hakim.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]