Kayda Aziz bertunang, Sheila Majid titip doa restu - Utusan Malaysia

Kayda Aziz bertunang, Sheila Majid titip doa restu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi rap, Kayda Aziz selamat mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya, Syafiq dalam satu majlis tertutup yang berlangsung meriah.

Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh ibu Kayda, penyanyi tersohor negara Datuk Sheila Majid.

She’s engaged! Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan segala urusan Kayda,” tulis Sheila, 60, menerusi satu hantaran ringkas di Instagram miliknya pada Ahad.

Sheila atau nama sebenarnya Shaheila Abdul Majid turut berkongsi beberapa keping foto indah sekitar majlis pertunangan yang diadakan di sebuah restoran eksklusif di Ara Damansara.

Kayda atau nama sebenarnya Wan Nur Khaleda Roslan, 34, kelihatan anggun dalam persalinan lembut merah jambu, manakala Syafiq tampil segak dan tenang di sisi tunangnya.

Meninjau ruangan komen, ramai peminat dan rakan selebriti membanjiri hantaran tersebut dengan ucapan tahniah serta doa agar pasangan itu dipermudahkan menuju hari bahagia.

Antara selebriti yang tampil memberikan reaksi termasuk Anuar Zain, Ning Baizura, Ella, Che Puan Sarimah Ibrahim dan Noryn Aziz yang turut sama berkongsi rasa gembira dengan berita itu.

Untuk rekod, Kayda merupakan anak sulung hasil perkahwinan pertama Sheila bersama komposer terkenal Roslan Aziz. Mereka mendirikan rumah tangga pada 1989 sebelum berpisah pada tahun 2000.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Kayda dan Megat Abdul Majid.

Sheila kemudian kembali bergelar isteri apabila mendirikan rumah tangga bersama Datuk Hashridz Murshim Hassim atau Acis pada tahun 2003 dan dikurniakan dua anak, Khadeeja Zaireen dan Khalifa Laila.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN