Jurutera rugi RM275,000 gara-gara pelaburan 

Jurutera rugi RM275,000 gara-gara pelaburan 

JENAYAH-CULIK OKU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang jurutera kerugian RM275,000 selepas terpedaya dengan pelaburan dalam talian yang dipromosikan menerusi Facebook dikenali sebagai ‘Pelaburan Wang MooMoo’.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kedah, Superintenden Loi Yew Lik berkata, mangsa berusia 57 tahun itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling pada jam 6 petang, semalam.

Menurutnya pada 20 April lalu, mangsa tertarik dengan iklan pelaburan mata wang China di Facebook dan menekan pautan WhatsApp yang membawa kepada satu kumpulan dikenali sebagai 6 Investment Securities International.

“Mangsa kemudian berinteraksi dengan beberapa individu yang menggunakan nombor 019-2007253 dan 019-2345678. Suspek menjanjikan pulangan 10 peratus dalam tempoh beberapa hari dan mangsa mula percaya,” katanya di sini hari ini.

Mangsa kemudian melakukan lapan transaksi berjumlah RM275,000 ke dalam dua akaun atas nama CISI Infra Solution dan CISI CPT Infra Trading antara 27 Mei hingga 13 Jun lalu, namun, tiada keuntungan diterima malah suspek terus mendesak bayaran tambahan.

Curiga dengan situasi itu, mangsa menyedari dirinya ditipu lalu tampil membuat laporan polis.

Yew Lik menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan pelaburan berpulangan tinggi dan membuat semakan terlebih dahulu melalui aplikasi Semak Mule, laman Facebook JSJK PDRM, atau hubungi NSRC di talian 997 sebelum sebarang transaksi kewangan dilakukan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN