Jurulatih bola sepak cabul dua kanak-kanak ditahan

Jurulatih bola sepak cabul dua kanak-kanak ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Seorang jurulatih bola sepak ditahan selepas disyaki mencabul dua kanak-kanak perempuan dalam kejadian di Bayu Damai, Pengerang di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata pihaknya menerima dua laporan polis mengenai kejadian itu pada 10 dan 11 Jun lalu daripada mangsa merupakan kanak-kanak perempuan berumur 13 tahun.

Katanya mangsa mendakwa telah dicabul oleh seorang lelaki di empat lokasi di sekitar Bayu Damai.

“Bertindak atas laporan yang diterima, pada 11 Jun tangkapan dilakukan ke atas seorang lelaki tempatan berumur 33 tahun yang bekerja sebagai jurulatih bola sepak persendirian.

“Hasil ujian air kencing mendapati suspek negatif sebarang dadah. Semakan rekod lampau juga mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Suspek ditahan reman bermula 12 sehingga 17 jun ini selama enam hari oleh Majistret Kota Tinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yusof berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan juga sebat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN