Jenazah Nurul Fatihah terakhir dikebumikan

Jenazah Nurul Fatihah terakhir dikebumikan

JENAZAH Nurul Fatihah Abu Setaman selamat dikebumikan kira-kira pukul 10.30 pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Duek, Hulu Besut, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Jenazah Nurul Fatihah Abu Setaman, 22,  pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam tragedi kemalangan bas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak, selamat dikebumikan kira-kira pukul 10.30 pagi ini.

Jenazah pelajar Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) UPSI  itu adalah yang terakhir dikebumikan daripada 15 mangsa terlibat dalam nahas berkenaan. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Duek, Hulu Besut, di sini.

Jenazah Allahyarham antara 13 mangsa yang dibawa balik dari Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak dan di sembahyangkan di Masjid Hadhari, Jerteh. 

Suasana pilu menyelubungi pekarangan tanah perkuburan apabila lebih 100 orang termasuk ahli keluarga, rakan dan penduduk kampung mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN