Jenazah Muhammad Adib Hazim Halim antara mangsa terawal dikebumi

Jenazah Muhammad Adib antara dua mangsa terawal selamat dikebumi

AHLI keluarga Muhammad Adib Azim Halim berada di pusara Allahyarham selepas selesai majlis pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Badak, Besut, Terengganu. - UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Jenazah Muhammad Adib Hazim Halim, 21, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam tragedi kemalangan bas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak, selamat dikebumikan kira-kira pukul 12.30 pagi ini.

Jenazah Allahyarham adalah antara dua mangsa terawal yang selamat dikebumikan. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Badak di Hulu Besut.

Jenazah seorang lagi mangsa nahas itu yang selamat dikebumikan adalah Wan Nur Suhaila Wan Muhammad, 22, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Amer, di sini, kira-kira pukul 11.35 malam tadi.

Suasana pilu menyelubungi pekarangan tanah perkuburan apabila lebih 200 orang termasuk ahli keluarga, rakan dan penduduk kampung mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham.

Terdahulu jenazah Muhammad Adib Hazim dibawa ke Masjid Hadhari di Jerteh untuk di sembahyangkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN